Monday, 22 July 2013

SAHABAT KU

 BAB 1

   "Kring..."loceng berbunyi menandakan masuk waktu rehat. Semua murid kelas 5 Angsana berpusu-pusu keluar dari kelas mereka kecuali Ina, seorang pelajar perempuan yang cantik dan comel. Ina diberi amanah oleh rakan sekelasnya untuk memastikan suis kipas,lampu dan pintu kelas ditutup."Hei,Ina. Cepatlah sikit. Kau dah lapar ni. Jangan sampai aku makan kau nanti."kedengaran satu suara datang dari arah luar kelas."Sabarlah Hani. Kau tahukan aku kena tutup pintu kelas sebelum pergi rehat. Nanti kalau aku lupa,aku kena marah nanti."Ina bergegas keluar kelas untuk tutup pintu kelas sebelum pergi ke kantin."Ish,kau ni lambat sangatlah. Nasib baik aku tak makan orang,kalau tak dah lama aku makan kau"marah Hani kepada Ina dengan menunjukkan muka yang masam."Sabarlah Hani,kau kan baik. Takkan tunggu sekejap pun tak boleh. Lagi pun kau tak boleh nak makan aku sebab aku tak sedap."mereka berdua bergurau senda semasa dalam perjalanan ke kantin.


   "Ina,kau tahu tak nanti cikgu nak susun semula kelas"Hani memberitahu berita itu kepada Ina."Betulkah!Aku harap kau boleh masuk kelas aku.Mesti seronok. Boleh kita bergosip selalu"Ina berkata dengan penuh gembira."Saya pun nak masuk kelas awak sekali boleh?"kedengaran satu suara yang datang dari arah belakang Ina dan Hani."Ish,kau ni Zack. Kacau daun betul lah. Macam lah kau boleh masuk kelas Angsana tu. Berangan je lah"sindir Hani kepada Zack. Zack merupakan seorang pelajar lelaki yang menjadi kegilaan semua pelajar perempuan di sekolah itu."Kenapa pula tak boleh. Bagi aku 100 sebab kanapa aku tak boleh masuk kelas Angsana tu"marah Zack. Demi untuk meleraikan pertikaman lidah yang berlaku antara Hani dan Zack,Ina bertindak mencelah perbualan mereka."Kau orang ni asyik bergaduh je. Asal berjumpa ju bergaduh. Bila besar nanti kahwin baru tahu"Kita orang takkan kahwin"Hani dan Zack membalas kata-kata Ina dengan serentak."Aku cakap ikut kata orang tua-tua dulu. Orang tua-tua kata,kalau asyik bergaduh nanti melekat.lagi pun kau tengok kau orang macam pinang di belah dua je."Ina tidak menyedari bahawa Hani dan Zack telah lama meninggalkan dia."Woi,kau orang tinggalkan aku"Ina berlari untuk mengejar mereka berdua. "Hari ini nak makan apa Ina?"tanya Hani."Tadi bukan main lagi tinggalkan aku. Bila dekat kantin baru nak datang cari aku"Ina merajuk dengan Hani atas perkara yang telah dilakukan oleh Hani sebentar tadi."Janganlah marah Ina. Nanti aku belanja  aku makan cheese caka. Nak?"Hani cuba merasuah Ina dengan cheese cake."Betul ni! Kau jangan nak tipu aku tahu"balas Ina."ya,aku tak tipu. Lepas sekolah kita pergi Secret Recipe.""Ok lah kalau kau dah cakap macam tu. Aku setuju je."Ina mengangguk kepalanya tanda setuju.      



   "Kring...."loceng berbunyi menandakan habis waktu rehat."Okeylah Hani,aku masuk kelas dulu. Nanti jangan lupa janji kau tau. Ku tuntut janji mu"Ina mengingatkan Hani supaya tidak lupa janji dia."Ina mengingatkan Hani supaya tidak lupa janji dia."Okaey,aku ingat. Kalu aku tak tunaikan nanti ada orang merajuk 40 hari 40 malam"sindir Hani. Semasa di dalam kelas,Ina duduk termenung seorang diri."Oi Ina,jauh termenung. Fikir apa tu?"tegur Fifi dari belakang."Hish kau ni Fifi. Lain kali bagi lah salam dulu. Janganlah main terjah je. Nasib baik aku tak ada darah tinggi,kalau aku pengsan dekat sini,siapa yang susah. Kau juga yang susah sebab kena angkat aku pergi bilik kesihatan."Marah Ina."Eh,sorry  sikit. Kalau kau pengsan aku campak kau kat lombing je. Tak payah susah-susah nak hantar pergi bilik kesihatan. Hang ingat hang tu ringankan sangat kah?"balas Fifi."BANGUN SEMUA!Selamat pagi cikgu"tiba-tiba Cikgu Zarina masu ke dalam kelas."Selamat pagi semua,duduk. Baiklah,sekarang ni keluarkan buku teks Bahasa Melayu."Cikgu Zarina ialah cikgu Bahasa Melayu bagi kelas 5 Angsana. Beliau merupakan cikgu yang paling sporting dan boleh di bawa berkawan.'Cikgu nampak cantik hari ni"jerit seorang pelajar lelaki dari belakang kelas."Terima kasih. Cikgu tahu yang cikgu ni memang cantik. Yang alin jangan jealous tau."cikgu berkata dengan gaya seperti seorang model yang terkenal."Cikgu bila nak mula belajar. kami dah tak sabar ni"tegur Ina."Oh,really. Baiklah murid,hari ni kita akan belajar tentang karangan umum. Bawa buku karangan tak. Kalau tak bawa,tulis atas kertas kalau tak ada kertas tulis atas baju. Tapi kalau boleh janganlah tulis atas baju. Nanti cikgu kena marah."balas Cikgu Zarina.


   Seperti yang dijanjikan Hani,kini mereka berdua berada di Secret Recipe untuk menikmati cheese cake yang lazat. Memanglah lazat,sebab dibelanja."Ina,lepas ni kita pergi makan dekat Tutti Frutti. Nak tak. Aku belanja kau hari ini."Selepas mendengar kata-kata Hani,Ina terus membeliakkan matanya kerana terkejut."Kua biar betul Hani. Kau sihat ke tak hari ni. Meati ada something yang berlaku ni. Cuba kau cerita dekat aku."balas Ina."Sebenarnya,aku dapat masuk kelas kau. Cikgu ada jumpa aku tadi masa dalam kelas. So that why I feel very happy right now.I want to scream right now. Can I?""NO!You can't scream at here. The people will think that you are crazy."Ina terus menutup mulut Hani dengan tangannya."Okey,aku ikut kau pergi makan aiskrim. Petang nanti kita pergi shopping dekat Curve nak. Aku belanja kau makan sushi."jawab Ina."Seriously you nak belanja I makan sushi. Oh,you are my best friend for ever.'Hnai terus memeluk Ina dengan eratnya."Nanti aku minta abang aku ambil kau dekat rumah kau. Nanti abang aku ikut sekali."jawab Ina."Oh Hani,bila kau masuk kelas aku?"tanya Ina."Erm....ESOK!"Selepas mendengar bahawa Hani akan masuk kelas Ina esok,dua orang sahabat itu menjerit. Semua pelanggan di Secret Recipe melihat mereka berdua. "Okey,boleh kita keluar petang ni sebab kelas aku tak ada kerja sekolah"Ina memberi signal kepada Hani bahawa mereka boleh keluar seperti yang dirancangkan. Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain.


   Sebaik saja Ina tiba di rumah,dia terus berlari ke arah bilik abangnya."Abang,hari ni...AAA....!!!!"tiba-tiba Ina menjerit sebaik saja dia membuka pintu bilik abangnya. Mak Cik Senah,orang gaji Ina segera berlari ke tingkat atas."Ada apa Ina?Acik dengar Ina menjerit tadi. Ada lipas ke?"Mak Cik Senah terus menanyakan soalan bertubi-tubi kepada Ina."Astagfirullah Iskandar! Pakai lah baju tu. Nasib baik dah pakai seluar. Ish,ish,ish..."tegur Mak Cik Senah selepas melihat Iskandar tidak berbaju."Acik,Ina ni. Dia tak ketuk pintu dulu. Dia main buka je pintu tu"Iskandar memuncungkan mulutnya ke arah Ina yang masih kaku seperti batu sambil menutup matanya."Ina,lain kali ketuk pintu dulu. Jangan main terjah je. Buat saspen orang je. Acik ingat ada benda yang serious"marah Mak Cik Senah kapada Ina."Maafkan saya Acik"Ina menundukkan kepalanya ke arah Mak Cik Senah. Ina ditinggalkan berdua dengan abangnya."Ina nak apa ni?"abangnya terus menanyakan soalan kepada Ina yang masih lagi berdiri di luar bilik."Erm...Abang petang ni boleh tak...""Tak boleh""Abang ni. Orang belum habis cakap lagi"Ina terus memuncungkan mulutnya tanda dia merajuk dengan abangnya."Janganla merajuk. Adik abang nak apa? Abang bergurau je tadi" Iskandar terus memujuk adiknya."Lain kali jangan buat macam tu lagi. Ina sebenatnya nak minta abang tolong hantar dan teman Ina pergi Curve petang nanti dengan Hani. Boleh tak?"jawab Ina. Abangnya hanya mendiamkan diri selepas mendengar permintaan adiknya itu. Selepas 10 saat mendiamkan diri,akhirnye Iskandar tersenyum lalu berkata"okey,lagipun petang ni abang free. Boleh Ina belanja abang makan nanti. He,he,he..""Kenapa mesti Ina"Ina menjawab dengan nada tidak puas hati."Ish Ina ni garang sangat. Abang bergurau je. Nanti makan abang belanja. Okey."Selepas mendengar kata-kata abangnya itu, Ina terus memeluk abangnya."Thank you soo much. You are the best brother ever. Petang nanti pukul 4 okey"balas Ina."Okey. Ina nak naik Porsche atau Sport?"tanya Iskandar."Em..naik Porsche lah. Kalau naik Sport tak muat."jawab Ina. Iskandar hanya menganggukkan kepalanya.


   Seperti yang dijanjikan,Ina dan abangnya keluar rumah tepat pukul 4 petang."Kenapa Ina nak keluar pergi Curve hari ni. Ada apa-apa celebration ke?"Iskandar bertanya semasa dalam perjalan ke rumah Hani."Tak ada apa-apa. Sebenarnya Ina nak belanja Hnai makan lepas tu kita orang nak pergi shopping"balas Ina."o...Tak apa,nanti biar abang belanja ina dengan Hani. Okey""YE!!Dapat lah Ina save duit. Thanks abang"Ina terus mengangkat kedua-dua tangannya kerana terlalu gembira. 15 minit berlalu akhirnya Ina tiba di rumah Hani. Kelihatan Hani sudah menunggu di hadapan rumahnya."Hnai!Sorry lambat sampai"Ina menjerit sebaik saja tiba di hadapan rumah Hani."Memang pun. Sebab ada orang bersiap lama sangat. Macam nak pergi dating je"Iskandar mengutuk adiknya senyap-senyap. Ina terus mencubit abangnya dengan kuat."Ish abang ni,mulut tu tak boleh tutup. Hani cepatlah masuk,nanti kita lambat sampai"Ina mengajak Hani masuk ke dalam kereta."Kau orang nak buat apa dulu bila sampai nanti"tanya Iskandar."MAKAN!"Ina dan Hani menjawab dengan serentak. Mereka bertiga bergelak ketawa sepanjang perjalanan ke Curve. 



No comments:

Post a Comment