Semasa di meja makan,papa bertanya kepada Ina mengenai perancangannya selepas ini. Ina hanya mendiamkan diri saja."Kenapa Ina diam je ni bila papa tanya?"tanya papa kepada Ina apabila mendapati anaknya mendiamkan diri bila di tanyakan mengenai perancangnannya."Ina ingat,Ina nak tolong Hani buka kedai dulu. Boleh tak papa?"jawapan Ina amat mengejutkan keluarganya."Kalau tak boleh,Ina tolong Hani sambil Ina bekerja. Ok"tambah Ina lagi. Keluarganya hanya mendiamkan diri sahaja."Kalau itu yang Ina mahu,mama tak kisah. Asalkan Ina gembira dengan perkara yang Ina buat. Itu dah kira cukup bagus bagi mama."mama menyatakan pandangannya kepada Ina. Ina terua memeluk mamanya apabila mendengar kata-kata mamanya."Thank you mama""Hani nak buka kedai apa?"tanya papa."Hani pernah cakap yang dia nak buka kedai kek sendiri. So,Ina nak tolong Hani tunaikan impian dia."Papa hanya menganggukkan kepalanya saja."Erm,papa dengan abang tak kerja ke hari ini?"Ina bertanya kepada mereka berdua sambil menunjuk ke arah jam dinding. Sebaik saja papa dan abang melihat jam di dinding,mereka terus berhenti makan dan berlari ke arah pintu rumah."Mama,Is pergi kerja dulu.""Sayang,abang pergi kerja dulu."Mereka berdua berlari ke arah pintu rumah seperti pelajar sekolah terlambat bangun pagi. Mama dan Ina ketawa melihat telatah dua beranak itu."Mama,kalau Ina nak mohon kerja dekat hospital kerajaan ok tak?"tanya Ina."Eh,bukan Ina kata tadi nak tolong Hani dulu ke? Takkan dah lupa kot"jawab mama."Ina tak lupa. Ina cuma nak mohon je dulu. Kalau dapat,dapat lah. Kalau tak,tak de rezeki la tu. Ina still boleh tolong Hani sambil Ina bekerja. Betul tak""Terserah Ina nak buat apa. Mama akan sokong dari belakang."jawapan mama telah memberikan senyuman gembira kepada Ina.
"Apa nak buat hari ni. Bosannya!!!!"Hani bercakap dengan dirinya sendiri di dalam bilik. "Apa nak buat. Kalau aku ada kerja tak apa lah juga. Ni kerja pun tak ada lagi."Hani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ketika sedang memikirkan apa yang hendak dilakukannya hari ini,tiba-tiba pintu bilik Hani di ketuk."Hani,hari ni jom teman ibu pergi beli barang dapur nak"Dengan pantas Hani membuka pintu dan menjawab "Nak ibu."Ibunya yang berdiri di hadapan pintu bilik Hani terkejut melihat Hani yang tiba-tiba saja melompat lalu ibunya.Ibunya hanya tergelak melihat gelagat anaknya itu."Anak ibu ni tak sihat ke? Kalau ya,nak ibu tolong hantar ke hospital. Kalau kena sampuk,boleh ibu hantar Hani pergi jumpa ustaz. Nak mana satu."Hani terus terdiam selepas mendengar kata-kata daripada ibunya."Ibu ni,takkan sampai nak hantar Hani pergi jumpa ustaz. Kalau nak hantar Hani,lebih baik ibu hantar Hani pergi melancong luar negara. Lagi bagus. Bolehlah Hani pergi jalan-jalan seorang diri.""Tak payah nak berangan la Hani. Dah,pergi siap cepat. Ibu nak pergi dah ni. Lambat ibu tinggal je."Hani terus menutup pintu biliknya dengan kuat. Ibu Hani sangat terkejut ketika itu."Soryy ibu,Hani tak sengaja. Hani nak cepat siap. Kalau tak nanti kena tinggal"kedengaran suara Hani menjerit dari dalam biliknya.Ibu meninggalkan bilik Hani sambil ketawa.
Hani menemani ibunya membeli barang dapur di Giant. Seperti biasa, Hani akan bermain dengan troli barang. Ini merupakan tabiatnya sejak dari kecil lagi. Dia akan menolak troli itu dengan laju kemudian patah balik ke tempat ibunya. Walaupun umurnya sudah masuk 25 tahun tetapi perangainya seperti budak berumur 5 tahun saja. "Hani!Janganlah main dengan troli tu. Inikan pasar raya bukan taman permainan. Mari sini ibu nak letak barang."ibu memanggil Hani yang sudah berada jauh di hadapan. Dengan pantas Hani berlari ke arah ibunya sambil menolak troli yang penuh dengan barangan dapur."Hehehe,sorry ibu. Hani seronok sangat bila dapat pegang troli ni. Ibu jangan risau,Hani kan ada lesen memandu. So Hani takkan langgar orang atau barang."jawab Hani dengan penuh bangga. Ibu terus menarik telinga Hani."Apa kena mengena lesen kereta dengan bawa troli. Lesen tu untuk kereta bukan untuk troli shopping.""Aduh! Sakit ibu. Janganlah tarik telinga Hani yang comel ni. Kalau putus macam mana? Kesian Hani."Hani memuncungkan mulutnya tanda dia merajuk dengan ibunya."Apa nak susah,kalau putus kita guna gam lah untuk lekatkan balik. Hehehe."ibunya sengaja berkata begitu kepada Hani untuk memujuknya. Ketika Hani sedang bermain dengan troli,tiba-tiba dia terlanggar troli pengunjung lain. Hani segera meminta maaf dengan orang itu."Maafkan saya. Saya tak perasan tadi""It's okay lah,Hani."Hani sangat terkejut kerana orang itu mengetahui namanya. Hani segera mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah lelaki itu."Kau Zack. Apa kau buat dekat sini?"Hani terus mengajukan soalan kepada Zack."Beli baranglah,apa lagi. Takkan nak pergi berenang kot."Zack sengaja membuat Hani marah. Ibu Hani hanya melihat dari jauh telatah anaknya itu."Kau sibuk tanya pasal aku buat apa,yang kau ni buat apa dekat sini. Setahu aku kau ni tak memasak. Betul tak."Kata-kata Zack itu dibalas dengan satu pukulan kuat daripada Hani."Kau mulut tu jaga sikit. Aku temankan mak aku beli barang lah. Ish,malas aku nak layan kau ni."Hani terus pergi meninggalkan Zack begitu saja."Siapa tu Hani?"Hani menunjukkan muka marah kepada ibunya."Orang gila ibu. Jomlah kita pergi."Hani terus menarik lengan ibunya."Tak sangka anakku sudah matang"ibu berkata dalam hati."Rajjin juga Zack tolong mak dia belikan barang. Kalaundapat suami macam tu mesti seronok."Hani berangan seorang diri semasa menarik tangan ibunya. Tiba-tiba Hani memukul pipinya sendiri."Hani kenapa ni. Tiba-tiba je tampar pipi sendiri. Tak sihat ke ni?"Ibu berasa hairan dengan tindakan anaknya sendiri."Eh, tak ada apa-apa. Tadi ada nyamuk gigit pip Hani."Hani segera memberi alasan kepada ibunya. Pelik kerana dikatakan terdapat nyamuk di pasar raya."Ibu,cepatlah beli barang. Nanti kalau lambat balik,ibu lambat masak. Hani dah lapar ni."Hani segera menolak ibunya kehadapan.
"Ibu,lepas Hani hantar ibu balik,Hani nak keluar sekejap boleh tak""Nak pergi mana?"Ibu bertanya kepada Hani." hani dengan Ina nak keluar jalankan misi kitorang.Hehehehe..."Jawab Hani sambil tersengih."Boleh,tapi jangan balik lambat sangat.""Yes boss."Hani memberikan tabik hormat kepada ibunya.Selepas menghantar ibunya pulang ke rumah,Hani segera menuju ke rumah Ina. Sebelum Hani menuju ke rumah Ina, Hani telah menghantar sms kepada rakannya itu.'Assalamualaikum,Ina. Hari ini boleh tak teman Ina'.Semasa Ina sedang leka menonton television,tiba-tiba telefonnya berdering. Selepas membaca sms yang dihantar oleh Hani,Ina segera menghubunginya semula.Semasa Ina sedang leka menonton television,tiba-tiba telefonnya berdering. Selepas membaca sms yang dihantar oleh Hani, Ina terus membalas sms itu.'Baiklah Hani. Ina tunggu dekat depan rumah tau' Ina terus berlari ke arah almari baju untuk menukar pakaiannya sebelum keluar."Mama! Ina nak keluar kejap. Hani ajak keluar."Ina berlari ke arah mamanya untuk meminta izin sebelum keluar. Mamanya yang sedang membancuh air terkejut dengan tindakan anaknya itu."Jangan balik lambat sangat."Hanya itu saja yang sempat mama Ina katakan sebelum Ina lesap dari pandangan ibunya."Agaknya kenapa Hani nak ajak aku keluar ni?Hairan betul aku. Mesti ada apa-apa ni."Ina setia menunggu Hani di hadapan rumahnya. Selepas 10 minit berlalu,Ina tiba di hadapan rumah Ina. Tanpa membuang masa, Ina terus melulu masuk ke dalam kereta walaupun belum dimput untuk naik."Aik,aku tak suruh kau naik,kau dah naik dah. Laju betul kawan aku seorang ini.""Macam tak biasa kot."jawab Ina."Asal tiba-tiba kau ajak aku keluar ni?Bukan kita baru keluar sama-sama ke? Rindu sangat dekat aku ke?"tanya Ina kepada Hani."Perasan je lebih kau ni. Aku nak mitak idea daripada kau pasal plan nak buka kedai kek tu. Aku rasa lebih baik kalau kita mulakan sikit plan tu.Ok tak."Ina hanya mendiamkan diri selepas mendengar kata-kata daripada Hani. Tiba-tiba Ina menjerit lalu menepuk tangan Hani."Hoi!Apa kau buat ni. Aku tengah drive ni. Kalau accident macam mana. Tak ke nanti nyawa kau ngan aku melayang macam tu je."Hani memarahi Ina di atas tindakan merbahayanya itu."Sorry.. Aku tak sengaja. Janganlah marah. Nanti muka kau cepat berkedut. Bila dah berkedut,nenek kebayan pun lari bila tengok kau."Ina cuba untuk memujuk rakannya dengan menggunakan lawak bodohnya itu. Lama-kelamaan Hani mula menunjukkan kan senyumannya semula."Lain kali jangan buat lagi tau. BAHAYA! Faham."Ina menganggukkan kepalanya tanda dia faham."Aku nak bagi kau satu cadangan."Ina berbisik di telinga Hani. Hani terus memandang muka Ina dengan wajah serius."Kau ni dah buang tebiat ke apa. Tiba-tiba je bisik kat telinga aku ni. Cakap terus je lah. Tak payah nak berbisik dekat telinga aku. Geli tau tak""Ish,tadi kata jangan bising. Bila orang cakap perlahan suruh cakap kuat. Mana satu kau ni Hani. Jangan buat hati ku keliru dengan kata-katamu itu."Hani terus mengeluarkan kata-kata jiwangnya itu kepada sahabatnya yang sedang fokus memandu."Tidak bermaksud hati ini untuk membuat hati yang di sana keliru,tetapi hanya ingin menyata apa yang perlu. Adakah itu salah."Kata-kata Hani telah membuatkan Ina terdiam dan terkaku. Rupa-rupanya pandai juga Hani menggunakan bahasa puisi."Ok lah,macam ni. Aku ingat nak minta tolong abang aku untuk carikan kedai yang sesuai dengan sewa yang murah. Macam mana ok. Sebab aku fikir abang aku banyak kenalan, so bolehlah aku minta tolong dekat dia."Ina tidak berkata apa-apa,hanya menganggukkan kepalanya tanda ssetuju dengan cadangan Hani."Kenapa tak cakap apa-apa? Marah dekat aku ke. Janganlah marah,jom aku belanja kau makan tanda minta maaf ok."Selepas mendengar tawaran daripada Ina,Hani terus memandang memberhentikan kereta di tepi jalan."Ok,kau belanja tau. Macam ni lah kawan. Jom aku bawa kau pergi tempat makan."Hani terus mengangkat ibu jarinya tanda bahawa Ina merupakan kawan terbaiknya."Aku tau sebab selalu kau yang belanja aku makan,sekarang ni biar aku yang belanja kau pulak."Hani hanya tersengih apabila mendengar kata-kata daripada Ina."Tau tak pe" “Apa?” Ina terus betanya kepada Hani. “Tak ada apa-apa. Aku Cuma tengah fikir tempat makan nak pergi ni. Kan ada orang nak belanja. Mestilah cari tempat yang sedap,baru berbaloi.Hehehe…”
Semasa di kedai makan, kelihatan Hani sedang termenung seorang diri di hadapan Ina."Lepas makan ni kita nak pergi mana Hani." Kata-kata langsung tidak di endahkan oleh Hani. Ina terus bertindak dengan meletakkan cawan minuman sejuk di pipi Hani. Tindakan Ina itu telah membuatkan Hani terus berdiri."Apa kau buat ni? Sejuklah!" Hani memarahi Ina di atas tindakannya itu."Sorry,janganlah marah.Kau ajak aku keluar tapi aku cakap kau tak layan langsung. Sama je macam aku keluar sendiri." Hani terus tersengih mendengar kata-kata Ina itu."Sorry,salah aku sebab tak dengar apa yang kau cakap." Hani terus meminta maaf kepada Ina."Aku tanya lepas ni nak pergi mana?"jawab Ina."Kita pergi beli barang baking nak.Lepas tu kita singgah rumah aku buat kek."Ina mengangkat ibu jarinya tanda dia setuju.
Seperti yang dirancang,mereka berdua pergi membeli bahan-bahan untuk membuat kek bersama-sama."Kau nak buat kek apa,Hani?"
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment